10 Usahawan dalam bidang Dekorasi

Untitled Document #1. Eric Leong
Eric Leong –Celebrity Designer, Author, Columnist, international speaker & product ambassador. Eric Leong known as “Malaysia most favorite interior designer” and also known as “Raja Hias – Design King”. Eric is celebrating his 16th year anniversary in the industry this year. TV & Radio shows Eric shares his years of experience with his fellow fans in his TV show and radio talk shows.
TV Shows
  • Casa Impian
Malaysia’s first interior make-over TV show and currently is running its 6th season.
  • Deko Bersama Eric
Eric’s latest Interior Design TV show (formerly known as Casa Impian)
Radio Shows
  • U stylish living
A Chinese lifestyle radio talk show on FM98.8 a premier Chinese radio station in Malaysia has gained 1.5 million listener ships.
  • Living With Eric
An English home décor related topic radio talk show by eric on air on RED FM104.9 a bi-lingual radio station in Malaysia.
  • Inspirasi Décor Bersama Eric
A Bahasa Malaysia home décor related talk show by eric on air on SURIA FM105.3 a new Malay radio Station in Malaysia.
  • Inspirasi Gaya Bersama Eric
A Bahasa Malaysia lifestyle radio talk show by eric on air on SURIA FM105.3 a new Malay radio Station in Malaysia.

Sumber : http://www.deko-eric.com.my/ericleong.html
 
#2. Zang Toi
Kehidupannya penuh dengan populariti dan kemewahan. Kebanyakan masanya dihabiskan menghadiri majlis peragaan selain sering dikelilingi golongan kenamaan, selebriti dan model antarabangsa. Malah dia turut dihormati oleh dunia fesyen antarabangsa dek kerana rekaannya yang tersendiri. Namun di sebalik kegemilangan dan populariti ini, dia punya dunia yang tersendiri.      Mungkin ramai yang mengenali Zang Toi, kerana hasil rekaannya tapi tidak ramai yang mengetahui mengenai dirinya yang sebenar selain menjadi pereka fesyen antarabangsa. Anak kelahiran Kelantan ini boleh disifatkan sebagai pereka fesyen yang sering merendah diri selain tidak pernah lokek dengan senyuman. Walaupun sudah berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa, tetapi Zang Toi masih kuat berpegang kepada jati dirinya dan setiap rekaannya juga banyak melambangkan budaya di Malaysia.

Inspirasi kali ini bersama dengan Zang Toi berkongsi cerita di sebalik kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen antarabangsa. Ramai yang tidak tahu selain sering berkarya menghasilkan busana yang mewah dan rekaan kasut yang berprestij, Zang Toi juga gemar dalam seni dekorasi rumah.

Satu perkara yang tidak boleh diubah adalah hobinya dalam mengumpul cermin. Tidak kiralah cermin besar atau kecil, bagi Zang Toi setiap cermin mempunyai seni dan cerita yang tersendiri. Saya gemar mengumpul cermin dan salah satu kegemaran saya adalah mengumpul cermin dari Eropah. Ini kerana setiap rekaan dan bingkai cermin mereka sangat berseni. “Walaupun ramai yang menyatakan, cermin semuanya sama tetapi bagi saya tidak. Jika diteliti kita dapat tahu kualiti dan cara pembuatan sesebuah cermin. Malah yang paling saya suka adalah cermin buatan tangan. Dari cermin hingga bingkainya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/CermindanZangToi/Article/

#3. Fuza Umar
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional, Fuza Umar, 29, berusaha menggunakan ilmu yang diperoleh untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.  Selepas tamat pengajian, Fuza mencari pengalaman dengan bekerja sebagai pegawai pemasaran yang menganjurkan pelbagai acara sebelum akhirnya membuat keputusan untuk terjun dalam dunia perniagaan.

Wanita kecil molek itu kemudian memulakan bisnes kedai bunga yang menyediakan perkhidmatan penghantaran lantaran minatnya terhadap bunga sejak kecil. Kini, selepas tiga tahun beroperasi dengan modal permulaan sebanyak RM70,000, butik yang dinamakan Quince KL itu semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya. Biasanya untuk servis mingguan, kami akan menggubah bunga di pejabat-pejabat korporat dan syarikat swasta. Bekalan bunga pula diperoleh setiap hari melalui pembekal yang diimport dari luar negara.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2013&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

#4. Hazlam Anuar
Hazlam Anuar (H.A) atau lebih dikenali sebagai Alam adalah seorang pereka yang memiliki kelulusan dalam bidang rekabentuk dalaman dari Universiti Teknologi Mara (Uitm). Perkhidmatan beliau adalah dalam bidang desain, 3D Visualizer dan rekaan logo.

Hazlam Anuar Design (001937216-A) , sebuah syarikat yang dibangunkan beliau untuk memberikan servis rekaan 3D dan konsultasi secara online. Boleh layari laman web kerja berliau di www.alamdesign.com dan blog www.hazlamanuar.com untuk video tutorial, muat turun model SketchUp (3D), tip-tip dekorasi dan ebook. Buku pertama beliau, Mudahnya Google SketchUp- Cara Pantas Menghasilkan Desain 3D Menggunakan Perisian Percuma , di terbitkan pada tahun 2011. Beliau boleh dihubungi untuk dijemput menganjurkan bengkel atau mengadakan demo menghasilkan 3D dengan perisian SketchUp atas permintaan untuk sekolah rendah, menengah,universiti, firma dan   perseorangan. Beliau turut menghasilkan novel pertamanya ‘Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah‘. Berkerjasama menghasilkan novel dengan penulis remaja popular Ain Maisarah.    

Selain buku, beliau juga menerbitkan ebook (buku digital) iaitu Panduan Dekorasi (2010) dan Dekorasi Bajet (2012).  Merupakan penulis jemputan untuk Majalah Niaga (blog perniagaan) dan Majalah Jootawan dalam memberikan tip-tip tentang dekorasi untuk pejabat. Pernah muncul di Selamat Pagi Malaysia, TV1, rancangan Dekorasi Aidilfitri (Tv1), surat khabar Berita Minggu sisipan Rona, Harian Metro Sabtu, majalah RUANG, majalah Anjung Seri dan majalah IMPIANA.

Sumber : http://hazlamanuar.com/kenali-hazlam

#5. Norma Abdullah
BERMULA dengan berniaga kuih-muih, biskut dan pelbagai barangan hantaran untuk majlis raja sehari, kini segala-galanya bersifat komersial buat Norma Abdullah. Wanita berusia 47 tahun ini kini banyak mencetuskan ilham untuk menjana perniagaan gubahan hampernya yang sudah lapan tahun beroperasi di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor.

Apa yang terpenting adalah perniagaan yang berdaya maju apabila dia mengolah sendiri kotak, bakul atau corak pilihan dengan menempahnya di beberapa negara termasuk China, Indonesia, Filipina dan Hong Kong untuk menghasilkan karya gubahan terbaik.

"Ilmu dekorasi pada gubahan kotak bukan lahir secara paksaan sebaliknya tercetus daripada ilusi sehingga akhirnya mampu memenuhi permintaan ramai. Bukan saja kotak atau bakulnya penuh tarikan, tetapi gubahan menarik juga memainkan peranan. "Untuk menghasilkan sesuatu gubahan, ia memerlukan kepakaran serta kreativiti tersendiri di samping mempelajari teknik bungkusan bagi menzahirkan bentuk menarik," katanya yang mempertaruhkan kualiti barangan terbaik bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

Tidak dinafikan, katanya, kebanyakan gubahan hari ini mampu membuatkan ramai teruja kerana susunan barangan dan cara pembentukan reben dan bunga digabungkan penuh teknikal demi mencari kelainan penuh berseni. Malah, cara melekatkan plastik untuk menampilkan barangan yang diolah menarik juga ada rahsia tersendiri. Oleh kerana pelanggan hari ini suka memilih biskut atau barangan untuk menjadikan hamper lebih menarik, dia sentiasa memilih biskut yang menepati cita rasa semua.

Pernah terpilih di kalangan agensi kerajaan sebagai usahawan hamper terbaik, ibu kepada dua anak ini mengakui pengetahuan mengenai pelanggan amat penting. Tidak hairan jika kebanyakan pelanggannya terdiri daripada syarikat korporat bukan kerana terpikat dengan perincian yang menarik semata-mata, tetapi pertaruhan kualitinya.

Sumber : http://www.harum.com.my/woman.php?cate=issue&id=751

#6. Abdul Hakam
Kesabaran seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit. Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu.

Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008.

Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit. "Minat terhadap seni bonsai bermula setelah melihat ibu saya menggubah pokok bunga di halaman rumah. Sejak itu, saya cuba menggubah pokok bunga sendiri dan lama kelamaan ia memberi saya inspirasi dan idea untuk meneruskan minat tersebut. "Pada mulanya, saya agak ragu-ragu kerana hobi ini bukan murah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi kerana minat yang mendalam, saya berusaha mencari mereka yang pakar dalam hal ini dan mula menuntut ilmu daripada mereka," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Abdul Hakam kini mempunyai kira-kira 50 koleksi bonsai dari pelbagai jenis pokok, hasil bentukan tangannya sendiri dan ada juga yang diperolehi dari luar negara termasuk Taiwan, China dan Indonesia. Selain itu, dia juga bertukar-tukar bonsai bersama beberapa ahli persatuan yang lain bagi mempelbagaikan koleksi yang sedia ada sekali gus berkongsi idea serta ilmu mengenai hobi mereka.

Sumber : http://matrikutama.blogspot.com/2012/04/usahawan-bonsai.html 

#7. Rokiah Binti Sidek
Kak Kiah atau nama sebenarnya Rokiah Binti Sidek merupakan salah seorang usahawan tempatan yang berjaya. Beliau yang berumur 34 tahun ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaannya sejak dari tahun 1999 lagi. Dengan keazaman yang kuat dan usaha yang gigih beliau telah berjaya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membesarkan perniagaannya di kedai pada tahun 2003. Beliau telah mengikuti latihan dan kursus-kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Pertaniaan. Dalam masa masa yang sama beliau juga mengikuti Kursus Keusahawanan yang di adakan oleh MARA. Selain itu, masa-masa yang terluang turut di isi dengan mengikuti kelas yang di anjurkan oleh kedai-kedai kek yang berdekatan. 

Sumber : http://tmncempaka.pjl.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=24&Itemid=36
 
 
#8. Nash
Bukan mudah untuk mencari pengalaman sebagai perunding perkahwinan. Begitulah yang difikirkan oleh bekas vokalis Lefthanded, Nash, 50, yang sudah berkecimpung dalam bidang tersebut sejak lima tahun lalu.  “Saya sudah lama menjadi ‘wedding planner’ tapi tidak komersialkan karier itu. “Sekarang baru saya bersedia untuk betul-betul komersialkan bidang ini setelah menimba banyak pengalaman dan betul-betul yakin untuk meluaskan perniagaan ini di bawah syarikat saya, Fanasha Resources Sdn. Bhd.,” ujar Nash yang memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikatnya itu.

Bercerita tentang pengalaman yang dikutipnya sepanjang bergelar seorang perunding perkahwinan, Nash berkata dia pernah terlibat dalam perkahwinan anak-anak Datuk dan Tan Sri. “Saya pernah menguruskan perkahwinan anak sulung Tan Sri Mohamad Mohd. Taib dan anak Datuk Abu Bakar Amin. “Apabila saya menceburi bidang ini, saya mendapat kepuasan apabila dapat memberi khidmat yang diperlukan dan menunaikan permintaan dengan penuh dedikasi,” kata Nash. Syarikatnya yang beroperasi dalam tahun ini turut mengelolakan majlis ulang tahun, hari jadi dan hari keluarga. “Kami menyediakan pelbagai jenis peralatan perkahwinan seperti ‘food catering’, khemah, kerusi dan meja, pelamin, dandanan dan busana pengantin dengan pakej menarik. “Matlamat saya hanya satu iaitu untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya dalam bidang ini.

Sumber : http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/4/14/mstar_hiburan/20090406110533&sec=mstar_hiburan

#.9  Karim Rashid
Dilahirkan di Kaherah pada tahun 1960. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian di Kanada pada tahun 1982 dan pengajian siswazah di Itali. Selama tujuh tahun dia berada di KAN Reka Bentuk Perindustrian dan bersama-reka bentuk yang Babel Fashion Collection selama 6 tahun. Pada tahun 1993, dia membuka studio sendiri di New York City. Karya-karya beliau telah menjadi koleksi tetap 14 Muzium. Perspektif dan pelanggan beliau adalah global dan semasa menganggap dia lebih daripada provokasi budaya, pelbagai projek-projek itu adalah dari produk, hiasan dalaman, fesyen, perabot, lampu, seni, muzik untuk pemasangan.

Sumber : http://www.alessi.com/en/1/300/karim-rashid

#.10  Nina Campbel
Nina Campbell adalah salah satu yang paling dihormati dan berpengaruh pereka dalaman di dunia. Senarai pelanggan dan kepakaran reka bentuk yang sukar ditandingi . Terkenal dengan kecerdasan beliau berjangkit dan rasa cemerlang gaya , reka bentuk beliau merayu kepada kedua-dua muda dan tua dan duduk dengan baik dalam kedua-dua bahagian dalaman yang kontemporari dan tradisional.

Semangat dan minat dalam reka bentuk dan hiasan dalaman yang beliau telah dibangunkan apabila , pada usia daripada sembilan belas, dia pergi untuk bekerja untuk John Fowler di Sybil Colefax berprestij & John Fowler. Tidak lama selepas itu dia menubuhkan perniagaan menghias sendiri, di mana salah satu komisen pertama ialah untuk reka bentuk istana di Scotland dan ahli kelab swasta Annabel itu ' , Berkeley Square, London, pada palet warna tanpa kesilapan elegan dan kaya itu.

Nina telah dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Middlesex pada tahun 2001, di atas banyak anugerah lain, dia telah diterima, termasuk Oak Anugerah Rekabentuk Abadi Royal (2003) dan Anugerah Fesyen Amerika untuk ' wanita yang paling dipengaruhi gaya antarabangsa '. Nina juga Pemegang Amanah bagi Prince of Wales Lukisan Sekolah dan Jawatankuasa Fundraising untuk Kanak-kanak Co Beliau juga adalah pengarang 5 buah buku mengenai reka bentuk dalaman.

Sumber : http://ninacampbell.com/about/