Aktiviti

AKTIVITI : NAMA DAN LOGO SYARIKAT 

 
Maksud Logo :
1. 5 jari - Bermaksud kreativiti dan ciptaaan yang menarik hasil daripada buatan tangan.
2. Pusaran di tengah - semangat yang tidak pernah putus asa untuk membangunkan syarikat.
3. Ungu - warna untuk pertumbuhan spiritual falsafah kejayaan dan sikap yang positif
4. Hijau - memaparkan kemudahan, sejuk, ketenangan, kesejahteraan dan sentiasa ingin memperbaiki
5. Merah - membangunkan keriangan dan penyayang
6. Kuning - warna kuning yang lebih cerah menunjukkan keaslian dalam aktiviti pemikiran
7. Oren - melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup
8. Biru - melambangkan rajin dan berdedikasi

 

AKTIVITI : PENUKARAN KAD NAMA
Pada minggu kedua, kami menjalankan aktiviti di dalam kelas iaitu :-
1. Profiling Usahawan
2. Rekabentuk Kad Perniagaan
3. Pertukaran Kad Perniagaan

 
Business card merupakan first impression kepada orang lain. Oleh itu, rekabentuk kad tersebut perlulah menarik tetapi ringkas bagi memudahkan orang lain melihatnya. Maklumat penting seperti nombor untuk dihubungi perlulah diletak pada kedudukan yang mudah dilihat dan dibaca.
 
Kumpulan kami telah diberikan 4 keping business card yang berlainan syarikat dan rekabentuk. Oleh itu, kami ditugaskan untuk menganalisa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kad-kad tersebut.
 
Berikut adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan yang telah kami perolehi :
  • Maklumat penting haruslah disertakan seperti nama, jawatan, nombor telefon & faks, produk & servis, nama perniagaan, alamat perniagaan, website perniagaan, logo dan tagline.
  • Grafik / ikon yang dipaparkan haruslah menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan.
  • Kertas kad yang berkualiti mengikut standard. 
  • Penggunaan font yang mudah dibaca. Elakkan font yang terlalu fancy.
  • Size teks hendaklah boleh dibaca dengan jelas.
 
AKTIVITI : WONDERPETS FLOAT

Pada minggu ketiga, kami diberi tugasan untuk membuat satu produk berdasarkan situasi persekitaran yang diberi. Contohnya pantai, padang pasir dan litar lumba. Kami sepakat memilih situasi persekitran pantai, maka terciptalah satu produk inovatif dan kreatif 'Wonderpets Float'.

Ciri-ciri produk kami adalah :
1. Menggunakan tenaga solar.
2. Mempunyai bumbung seperti cengkerang.
3. Boleh menampung kapasiti 5 orang.
4. Mempunyai tali pinggang kaledar.
5. Mempunyai touch pad screen untu pengendalian stereng.
6. Mempunyai alat pengesan radar untuk mengetahui sama ada terdapat elemen yang merbahaya disekitar pelampung tersebut.

Produk kami menggunakan konsep 4P iaitu :
1. Product (Produk)
2. Price (Harga)
3. Promotion (Promosi)
4. Place (Tempat)