Usahawan Wanita

 
Profil 10 Usahawan Wanita Berjaya di Malaysia:
 
 Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd
 
 Usahawan Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, . Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
 
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
 
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
 
 Sumber :
 
 
 
Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd
 
 
Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
 
 Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.
 
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
 
Sumber :
 
Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd
 
Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.
 
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.
 
Sumber :

 
Tokoh: Datin Dr.Rehana Binti Kassim
Umur: 59
Syarikat: Rehanstat
 
Datin Dr. Rehana Kassim adalah pengasas dan Pengarah Urusan REHANSTAT. Beliau merupakan usahawan tekno hands-on yang bertanggungjawab bagi pengurusan REHANSTAT, termasuk menyelia sumber manusia, kewangan dan fungsi-fungsi pemasaran perkhidmatan syarikat.
 
 
Datin Dr. Rehana mempunyai lebih 40 tahun pengalaman bekerja. Dia  memulakan kerjayanya  sebagai penyelidik di MARDI selama hampir 10 tahun. Seterusnya sebagai pensyarah di MARA Institute of Technology selama 13 tahun dan akhirnya mengusahakan REHANSTAT yang ditubuhkan sejak tahun 1992. Pengalaman beliau dalam bidang penyelidikan dan  perundingan datangnya dari bekerja dengan pelbagai sektor kerajaan dan industri-industri seperti dalam bidang kewangan, pelancongan, pembuatan dan IT.Datin Dr. Rehana Kassim memiliki kelayakan profesional daripada Institut statistik United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Statistik dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat. Dia kemudian mencapai Sarjana Falsafah (Knowledge Management), dan kemudian meneruskan Doktor Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Pengetahuan. Tesis DBA beliau  bertajuk "Proses Pengurusan Pengetahuan sebagai penentu Prestasi Organisasi".
 
  
Sumber:
 
 
 Tokoh: Puan Norazean Binti Abdul Aziz
Umur:32 tahun
Menerusi Syarikat Prestige Platinum Vacation (PPV) (M) Sdn Bhd
 
BARU berusia 32 tahun, tetapi pencapaian dan kemampuannya boleh diumpamakan satu dalam 1,000. Betapa tidak, pada usia semuda itu beliau memiliki lebih daripada satu syarikat, bangunan sendiri yang nilainya melebihi RM1 juta dan bergelar bos kepada lebih 100 kakitangan. Lebih menarik, satu daripada cabang perniagaan diceburinya adalah memelihara lembu - sesuatu yang jarang diterokai wanita semuda usianya. Tanyalah hal berkaitan lembu, terutama lembu susu, insya-Allah beliau boleh menjawabnya. Malah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini, beliau memberi gambaran betapa 'ilmunya' berkaitan haiwan berkenaan kadangkala tidak terjangkau dek fikiran.
  
"Kalau awak nak tahu, lembu susu adalah haiwan yang sensitif dan tidak boleh tertekan. Kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada haiwan itu kerana ia kaedah berkesan untuk lembu terbabit menghasilkan susu yang lebih banyak. Lebih elok jika wanita menjaga haiwan itu. Di ladang saya, setakat ini dua wanita ditugaskan menjaga lembu dan ia ternyata berkesan dalam menghasilkan susu lebih banyak," katanya selamba.
  
Sumber :
 
 

 
Nama: Helen Read
 Syarikat: Ms Read Sdn. Bhd
 
Helen Read adalah jenama pakaian wanita. Ia juga adalah nama pengasas Ms Read Sdn. Bhd, syarikat yang mengendali rakaian butik pakaian untuk golongan wanita bertubuh besar. Kini terdapat sembilan buah butik dan kaunter Ms Read di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Antaranya di One Utama Shopping Center, Midvalley Megamall, Alamanda Putrajaya, Subang Prade, Sogo, Lot 10, Ampang Point, Isetan KLCC dan Maju Junction. Butik Ms Read juga terdapat di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
 
Helen Read yang dilahirkan di England adalah berdarah campuran Cina dan Inggeris. Bapa beliau berasal dari Ipoh, Perak. Helen adalah bekas eksekutif di Hotel Merlin, Kuala Lumpur berkelulusan dalam bidang pengurusan hotel di Loughborough Collage, England. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja selepas mendapat anak pertama. Ketika anak sulungnya, Benjamin Yong berusia dua tahun, seorang kawan mengajak Helen berkongsi niaga dalam bisnes membuat pakaian, Helen bersetuju dengan tawaran itu, bagaimanapun beliau hanya melibatkan diri secara sambilan. Kilang mereka membekal pakaian wanita ke pusat-pusat membeli belah seperti Isetan, Metrojaya dan jaya Jusco.
 
Sumber :
  
 Nama : Neeta Gosalia
 Umur: 38
Syarikat : Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd
 
Neeta Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri. 
 
Dengan 23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan wanita India yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi masyarakat. 
 
Sumber :
 
 
 
Nama : Azizah Omar
 Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd
 
Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Sayarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu. 
  
Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.
 
 Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.
 
 
 Nama: Lisa Fong
Syarikat: OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd
 
Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.
 
Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety  footware).
 
Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikatsafety  footware di Malaysia.
  
Sumber :
  
 
Nama: Datin Mina Cheah Foong
 Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop
 
Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna. 
 
 Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop.